Kenalan

Penembak Setia

#MakAbah #AlongAdik #Guruku #Sahabatku #KamuYangMembaca

Tuesday, February 5, 2013

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga episod akhir

Kini

"Abang apa yang abang menungkan. Cuba share sikit dengan Naz. Manalah tau Naz boleh tolong abang ke?" Tegurannya membuatkan aku kembali ke alam realiti. Kenangan silam melambai-lambai di jendela mata.

Aku menarik lengannya untuk duduk di sampingku. Kepalanya ku usap pelahan-lahan seperti mengusap anak kecil. Dia memandangku kehairanan.

"Abang! Naz cakap dengan abang ni. Abang boleh termenung lagi. Ni nak merajuk ni."

"Ala-ala. isteri abang ni janganlah merajuk. Letih tau abang nak pujuk sayang." Pipi putihnya sudah bertukar warna hasil daripada cubitanku.

"So, kalau abang tak nak pujuk baik abang citer dengan Naz."

"Takde apalah Naz. Abang cuma teringat akan perkenalan kita 7 tahun yang lalu. Abang tak sangka yang akhirnya abang kahwin juga dengan Naz. Dan abang tak sangka yang sekarang ni abang sudah jadi adik ipar kepada sahabat baik abang sendiri." Aku menerangkan satu persatu kepadanya.

Anak matanya ku tenung. Ada cinta di dalamnya. Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Kita tak tau apa yang Allah rancangkan untuk kitakan abang. Tapi Naz bersyukur sebab menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Hariz Hakimi."

"Thankz sayang sebab tak menolak pinangan abang 2 tahun lalu. Tapikan abang pelik juga kenapa Naz sudi terima abang. Padahal kita hanya berkenalan waktu Mukhriz perkenalkan sayang dengan abang waktu sayang form 2" Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Huhu.

"Abang nak tau ke kenapa?" Dia mula menyoalku. Aku hanya membalasnya dengan anggukkan.

"Sebabnya Naz dah terjatuh hati dengan abang waktu abang berada di tingkatan 2 lagi. Waktu tu Riz yang tunjukkan gambar abang. Bercerita pasal abang dekat umi dengan walid. Dan sebenarnya Riz tau yang Naz sayang abang lebih daripada sayang adik terhadap abangnya."

Aku agak terkejut dengan penerangannya. Aku tak sangka sebelum aku mengenalinya dia sudah mengenaliku terlebih dahulu. Sebelum aku mencintainya dia telah mencintaiku terlebih dahulu.

"Betul ke Naz. Subhanallah. Hebat sungguh perancangan Allah."

"Allah mengurniakan HAWA untuk ADAM buat menjadi peneman suka dan duka. Allah juga kurniakan ZULAIKHA buat YUSUF untuk membuktikan hebat sungguh ciptaan Illahi. Allah juga mengurniakan KHADIJAH untuk RASULULLAH buat menjadi sumber kekuatan baginda. Jadi Allah kurniakan Syarifah Ain Nazirah buat Hariz Hakimi sebagai peneman sampai ke Syurga."

Kata-katanya membuatkan hatiku terharu. Aku bersyukur sebab Alah kurniakan dia sebagai isteriku.

"Walaupun dirimu bukanlah sehebat KHADIJAH tapi dirimu cukup hebat dimataku. Walaupun dirimu bukanlah AINUL MARDIAH tapi aku ingin dirimu menjadi bidadariku di syurga kelak. Walaupun dirimu tidak sekaya BALQIS tapi dirimu sudah cukup kaya dengan agama yang kau pahat teguh di hatimu. Walaupun dirimu tidak setabah HAJAR tapi dirimu akan tetap tabah sebab dirimu yakin Allah ada disisi.

Kepalanya diletakkan di atas bahuku. Air matanya yang mengalir aku lap menggunakan tangan kasarku. Aku tersenyum melihat isteriku.

"Terima kasih abang. Terima Kasih kerana menggambil Naz untuk melengkapkan rusuk kiri abang."

"Kasihmu diterima sayang. Abang pun ucapkan terima kasih sebab sudi jadi bidadari abang. Sayang ingat tak minggu lepas yang abang cakap terima kasih sebab jadi isteri kedua abang? Sayang nak kenal tak dengan isteri pertama abang?"

Kepalanya diangkat. Dia memandangku dengan penuh harapan untuk mengetahuinya. Aku tersenyum melihat terlatahnya.

"Nak2."

"Isteri pertama abang adalah PERJUANGAN di medan dakwah. Walau setinggi mana cinta abang pada sayang tinggi lagi cinta abang pada Allah. Abang tak boleh khianati janji abang pada Allah. Maafkan abang ye. Sebab sayang bukan yang pertama."

"Naz faham abang. Naz takkan cemburu dengan isteri pertama abang tu. Sebab Naz pun sayang dia." Isteriku tersenyum bahagia. Tangannya diangkap membuat 'peace'.

"Abang janji abang akan bawa bahagia kita sampai syurga."

"Ye bang. Bahagia sampai syurga."

                                 
                                                                                             ~TAMAT~


tinggalkan komen untuk diperbetulkan kekurangan yang ada. Terima kasih sudi baca. Maaf sebab ending nye tidak seperti yang diharapkan.


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!