Kenalan

Penembak Setia

#MakAbah #AlongAdik #Guruku #Sahabatku #KamuYangMembaca

Sunday, December 30, 2012

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga ep3

Keletihan yang dirasai hanya Allah yang tahu. Sejak dua menjak ni aku semakin sibuk dengan kelas tambahan. Di tambah lagi dengan Kem Menikmati Cinta Allah yang terpaksa aku uruskan. Maklumlah diantik menjadi pengarah programlah katakan.

"Kenapa mengeluh ni Kimi? Kau ada masalah ke? Kongsilah dengan aku. Manalah tahu aku boleh bantu." Mukhriz mengambil tempat di sebelahku.

Aku memandang wajahnya. Aku seperti melihat arwah angah. Perangai Mukhriz tidak ubah seperti arwah angah. Aku terasa rindu dengan arwah angah. Sudah 2 tahun dia pergi.

"Tak ada apalah. Aku cuma letih. Peperiksaan percubaan semakin dekat. Kelas tambahan semakin kerap. Kadang-kadang aku terasa lelah dengan semua ni. Lagi-lagi sekarang sibuk dengan program. Aku sampai tak cukup rehat."

"Hei! Jangan mengeluh sahabat. Alah bagi kau rasa semua ini sebab Dia tahu kau mampu hadapinya. Dia tahu kau insan yang kuat dan tabah." Bahuku ditepuk.

"Syukran Mukhriz. Kau ada waktu aku memerlukan seorang sahabat. Kau ada tika aku terleka dengan kehidupan dunia." Aku memeluknya. Aku bangga punya sahabat sepertinya.

"Afwan. Kau kan sahabat aku. Kita dah janji susah senang akan kita rasai bersama."

Senyumannya melegakan hatiku. Aku tak pernah merasa diriku keseorangan di sekoah ini. Sebab aku punya seorang sahabat yang memang tak pernah meninggalkan aku sendirian.

"Riz aku ada benda nak beritahu kau. Aku harap kau boeh terimanya."

"Apa dia? Buat apa aku nak marah."

Serba salah jadinya aku apabila melihat wajahnya. Tetapi aku mesti beritahunya juga. Sekurang-kurangnya sekiranya ada perkara buruk yang menimpaku ada yang mengetahuinya.

"Aku sebenarnya....sebenarnya...."

"Sebenarnya apa??"

"Aku sebenarnya dah jatuh hati pada adik kau. Sejak kali pertama aku nampak dia." Terdiam Mukhriz apabila aku mengeluarkan kenyataan berikut.

"Kau biar betul? Kalau kau jatuh hati pada Ain kerana wajahnya aku nasihatkan kau, baik kau lupakan. Kerana kecantikan wajah tidak akan kekal lama."

Kata-kata Mukhriz betul-betul menusuk kalbuku.

"Aku menyayangi dia bukan semata-mata kerana wajahnya. Tetapi kerana agamanya. Aku tahu macam mana umi dengan walid mendidik kau adik-beradik."

"Jika itu kata kau, aku hormat cinta kau. Aku akan menyokong kau selalu, adik ipar to be. Hehe.."

"Terima kasih Riz. Aku janji dengan kau aku akan habiskan study aku dulu. Pastu aku baru masuk meminang. Aku tak kan mensia-siakan cinta aku pada dia. Aku janji aku akan jaga hati dia baik-baik. Sayang kau abang ipar to be."

Itulah pertama kali aku meluahkan isi hati aku pada seseorang. Lagi-lagi pada ahli keluarganya. Aku sangat mengharap suatu hari nanti aku dan dia akan disatukan dalam satu ikatan yang sah.


                                                                                   bersambung....

Sunday, December 2, 2012

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga ep2


7 tahun sebelum..

Masih banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan ni. Esok dah nak hantar. Apa aku nak jawab dengan cikgu kalau tak siap ni. Adui ni lah balasan terlalu sibuk dengan kokurikulum. Nampak gayanya kena stay up lah aku malam ni.

"Wei, asal kau nampak gelisah semacam je aku tengok. Macam ayam berak kapur." Tangan kasarnya menyentuh bahuku.

"Ni masih banyak homework aku tak siap. Bio, Bm ,Addmath banyak lagilah. Tension aku camni."

"Rilex bro. Jom aku tolong kau. tapi sebelum tu kau tenangkan hati tu dulu. Bila hati dah tenang baru senang kau nak buat kerja." Inilah sahabat yang baik. Sentiasa ada di sisi aku. Tak kira walau apa keadaanya. Syed Amirul Mukhriz.

Alhamdulillah siap juga semua kerja sekolah aku. Terima Kasih Mukhriz.


Sedang lepak-lepak dekat pondok belakang blok B. Mukhriz datang. Opps. Dia bukan berseorangan. Dia bawa seseorang. Perempuan. Cantik. Tapi nampaknya sedikit pemalu.

"Kimi kenalkan ni adik aku. Ain Nazirah."

"Kau tak pernah cakap pun kau ada adik dekat sekolah ni. Sampai hati kau kan." Aku memarahi nya dengan nada gurauan. Ain sudah tersenyum-senyum. Manisnya.

"Bukan aku tak nak cakap. Tapi malas nak cakap dengan kau. Hahah. Adik aku ni baru form 2. Naz kenalkan ni sahabat baik Riz. Hakimi namanya. " Mukhriz ada saja jawapan untuk membuat aku kembali tersenyum.

"Salam perkenalan." Aku hanya meletakkan tangan ku di dada dan tunduk sedikit tanda hormat. Walau pun aku agak berperangai gila-gila. Tapi aku masih menghormati perempuan. Kerana ibuku juga seorang perempuan. Ain juga membalas perkara yang sama ambil tersenyum.

"Riz, Ain kena pergi dah ni. Jap lagi ada usrah dengan kawan-kawan dan kakak-kakak." Dia meminta izin dari Mukhriz dengan berbisik tapi tetap aku dengari. Aku hanya tersenyum. Mukhriz memberi isyarat mata kepada Ain tanda dia benarkan.

"Bro kau biar betul tu adik kau. Cun gila. Lain gila dari muka kau." Sahabatku itu hanya tersenyum.


                 

                                                                                                  bersambung...

Saturday, December 1, 2012

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga ep1


SubhanAllah. Ciptaan Allah sangat sempurna. Langit malam terbentang luas. Berjuta bintang menjadi teman yang setia. Tidak dilupa sahabatnya,bulan. Terasa betapa kecilnya diriku ini.

"Abang. Buat apa di luar ni?" Lemah lembut suara itu menyapaku.

"Mari duduk di sebelah ni. Teman kan abang." Aku menhulurkan tanganku tanpa menoleh ke belakang. Sudahku tahu siapa pemilik suara itu.

Dia menyambut huluranku. Dan duduk di sebelahku.

"Abang tak termenung la. Abang cuma kagum melihat kebesaran Allah ini. Terasa kerdilnya diri abang. Abang terlalu banyak kekurangan."

Dia hanya tersenyum.

"Ciptaan Allah tak ada siapa yang dapat melawannya. Nak tahu tak sebab apa bang?" Dia menyoalku.

Aku hanya membalas dengan anggukan. Dia melentokkan kepalanya di bahu kiriku.

"Sebabnya akal manusia pun Allah yang cipta. So, manusia takkan pernah dapat menandingi ciptaan Allah itu." Soalan yang ditanya akhirnya dijawab.

"Eh pandainya dia. Isteri siapa ni? Isteri abang juga." Aku mencucit pipinya.

Ini Syarifah Ain Nazirah,sahabat merangkap isteriku yang tercinta. InsyaAllah isteri sampai ke syurga. Dia bakal menamatkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan lagi 2 bulan. Akan menjadi ibu kepada anak-anakku.

"Abang. Terima kasih sebab sudi menerima Naz sebagai isteri abang. Terima kasih sebab sudi mencintai Naz sepenuh hati abang." Dia memandangku.

"Sepatutnya abang yang ucap terima kasih dekat Naz sebab Naz sudi terima abang. Sebab Naz bagi kepercayaan untuk abang menjadi rusuk kiri Naz. Dan sebab Naz sudi melengkapkan kekurangan abang. Menyempurnakan hidup abang." Aku mencium dahinya.

Air matanya menitis setitik demi setitik. Dia terharu mungkin. Aku mengelap air matanya. Hakikatnya aku sangat bersyukur Allah kurniakan dia sebagai isteriku.

"Abang ni suka buat orang nangislah." Tuduh isteriku.

"Sekali-sekala. Terima kasih ya sebab jadi isteri kedua abang." Aku tersenyum. Dan bersedia untuk lari.

"Isteri kedua?" Dia memandangku.Terkejut.

Aku sudah membuka langkah sederap. Nazirah mengikut langkahku perlahan. Nampaknya seperti mahukan penjelasan.

"Abang! Jangan lari! I need your explanation!!" Dia mengejarku.

Aku cabut masuk rumah. Memang ketawa besarlah aku.




Bersambung..

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga(prolog)

Kasihku padamu,
ibarat mentari yang menyinar..
memberi cahaya menerangi alam..
tanpa cahayanya..
dunia akan gelap gelita..

begitulah kasihku padamu..
yang akan terus menerangi hidup kita..
tanpa kasih ini..
hidupku akan gelap gelita..


Aku menyayangimu kerana AGAMA yang ada padamu.. Jika hilang agamamu.. Akanku bantu mencari.. Tetapi jika ia tetap tidak ditemui.. Maka lenyaplah CINTAku padamu..