Kenalan

Penembak Setia

#MakAbah #AlongAdik #Guruku #Sahabatku #KamuYangMembaca

Sunday, December 2, 2012

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga ep2


7 tahun sebelum..

Masih banyak kerja sekolah yang perlu diselesaikan ni. Esok dah nak hantar. Apa aku nak jawab dengan cikgu kalau tak siap ni. Adui ni lah balasan terlalu sibuk dengan kokurikulum. Nampak gayanya kena stay up lah aku malam ni.

"Wei, asal kau nampak gelisah semacam je aku tengok. Macam ayam berak kapur." Tangan kasarnya menyentuh bahuku.

"Ni masih banyak homework aku tak siap. Bio, Bm ,Addmath banyak lagilah. Tension aku camni."

"Rilex bro. Jom aku tolong kau. tapi sebelum tu kau tenangkan hati tu dulu. Bila hati dah tenang baru senang kau nak buat kerja." Inilah sahabat yang baik. Sentiasa ada di sisi aku. Tak kira walau apa keadaanya. Syed Amirul Mukhriz.

Alhamdulillah siap juga semua kerja sekolah aku. Terima Kasih Mukhriz.


Sedang lepak-lepak dekat pondok belakang blok B. Mukhriz datang. Opps. Dia bukan berseorangan. Dia bawa seseorang. Perempuan. Cantik. Tapi nampaknya sedikit pemalu.

"Kimi kenalkan ni adik aku. Ain Nazirah."

"Kau tak pernah cakap pun kau ada adik dekat sekolah ni. Sampai hati kau kan." Aku memarahi nya dengan nada gurauan. Ain sudah tersenyum-senyum. Manisnya.

"Bukan aku tak nak cakap. Tapi malas nak cakap dengan kau. Hahah. Adik aku ni baru form 2. Naz kenalkan ni sahabat baik Riz. Hakimi namanya. " Mukhriz ada saja jawapan untuk membuat aku kembali tersenyum.

"Salam perkenalan." Aku hanya meletakkan tangan ku di dada dan tunduk sedikit tanda hormat. Walau pun aku agak berperangai gila-gila. Tapi aku masih menghormati perempuan. Kerana ibuku juga seorang perempuan. Ain juga membalas perkara yang sama ambil tersenyum.

"Riz, Ain kena pergi dah ni. Jap lagi ada usrah dengan kawan-kawan dan kakak-kakak." Dia meminta izin dari Mukhriz dengan berbisik tapi tetap aku dengari. Aku hanya tersenyum. Mukhriz memberi isyarat mata kepada Ain tanda dia benarkan.

"Bro kau biar betul tu adik kau. Cun gila. Lain gila dari muka kau." Sahabatku itu hanya tersenyum.


                 

                                                                                                  bersambung...

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!