Kenalan

Penembak Setia

#MakAbah #AlongAdik #Guruku #Sahabatku #KamuYangMembaca

Thursday, April 11, 2019

Bahagia?

Kadang aku tertanya sendiri,
Apakah masih ada bahagia yang akan menyinar?
Saat aku ragu dengan Dia,
Dia sentiasa hadir memberi jawapan
Bahagia itu pasti ada
Cuma bagaimana kita mentafsirkan definisinya sendiri

Terima kasih sbb hadirkan dia,
Di kala aku mula tidak percaya



Saturday, April 2, 2016

Bahagia Pasti Ada

Senyum,
Kau berhak untuk senyum,
Tinggalkan luka semalam,
Bangun bangkit berjuang.

Bahagia,
Aku tahu kau mampu dapatkannya,
Kesatkan air matamu,
Lupakan kenangan silam.

Tangisan,
Membuatkanmu nampak lemah,
Cukup hanya sekali,
Biarkan ia menjadi sejarah.

Sahabatku sayang,
Cukuplah. Cukup!
Itu semua datang hanya untuk menguji,
Menguji kekuatan kau,
Menguji keyakinan kau padaNya.

Yakin,
Dengan aturan yang Maha Esa,
Dia tidak pernah sekali meninggalkan kita,
Kerana Dia lebih tahu,
Apa yang terbaik buat kita


Thursday, August 27, 2015

Perginya seorang sahabat

sahabat,
kau pernah hadir menyinari diri yang kelam,
membawa sebutir permata berharga,
hadiah yang tidak pernah ada galang gantinya.

sahabat,
hari ini kau berdiri di hadapanku,
tetapi malang,
aku terasa kau jauh dariku,
seperti ada dinding yang menghalang segalanya.

aku sedih,
aku tak kuat hadapi semuanya seorang diri,
aku mengharap pengertian dari seorang sahabat,
supaya aku terus kuat untuk melangkah.

sahabat,
mana janji yang pernah kau ungkapkan,
susah senang kita bersama,
walau apa jua keadaan kita tempuh bersama.

Hari ini aku perlukan kau,
bukan untuk menangis bersamaku,
cukup sekadar menyediakan telingamu untuk mendengar,
tetapi malang,
kau mula menjauh dariku..
kau membawa luka yang sendiri kau calarkan.


Sunday, February 17, 2013

Berpeluangkah kami?


Kriiiiiiiiinnnnnnnnnngggggggggggggg! Jam loceng dicapai. Melihat waktu yang tertera memaksa diri ini bangkit juga. Perasaan mengantuk aku cuba untuk lawan.

'Alhamdulillah aku masih dipinjamkan nafas untuk terus hidup hari ini' Aku melihat sahabat-sahabatku yang masih lena di sisi. Tenang sungguh wajah mereka. Tiba-tiba.

"Assalamualaikum. Eh kau dah bangun. Aku baru plan nak kejut." Bahuku disentuh dari belakang. Sentuhan itu agak mengeejutkan aku juga.

"Fuhh lemah semangat. Waalaikumussalam. Aku baru terjaga ni. Tak perasan katil kau dah kosong."

"Hehe. Biasalah tu. Orang bangun tidur tengok kiri kanan. Tak pernah dibuat orang bangun-bangun je tengok kawan kat atas. Dah lah tu masa makin suntuk ni. Kejutlah Iqbal, Aiman, Nazri dengan Hazim tu." Balas sahabat baikku, Rizal.

Aku dan Rizal pun melaksanakan lah tanggungjawab untuk mengejut sahabat yang berempat ni. Beginilah rutin kami setiap pagi. Siapa yang bangun dahulu mesti wajib mengejut sahabat yang lain. Sampai giliran untuk mengejutkan Nazri.

"Naz bangkit Naz. Dah pukul 4.45 ni. Nanti tak sempat pula kita nak qiam." Aiman mengejutkan Nazri.

"Urmmmm. Korang gi la qiam dulu. Aku ngantuklah."

"Naz jomlah. Dah 2 minggu kau tak join kami. Kami rindu dengan kau." Iqbal terus memujuk Nazri supaya bersama kami.

"Aku cakap aku letih aku letihlah. Tolonglah faham." Nazri meninggikan suaranya. Dia menarik selimut menutup keseluruhan badannya.

Rizal beri isyarat pada kami supaya biarkan je Nazri. 

_____________________________________________________


Selepas selesai qiam dan tadarus. Kami duduk sahaja di surau sementara menunggu azan Subuh. Hazim mula  buka perbualan kami.

"Korang perasan tak Nazri dah banyak berubah. Sedangkan dulu dialah yang akan pertama bangun untuk kejut kita qiam. Kita tak pernah menang nak bersaing bangun lagi awal dari dia. Ke mana hilangnya sahabat kita yang tu? Aku rindu Nazri yang dulu." Hazim meluahkan rasa yang telah lama dia pendam. 

"Aku perasan dia mula berubah sejak dia bercinta dengan Zaila."

"Aku pun perasan gak. Tapi aku pelik juga macam mana Nazri yang selalu nasihatkan kita boleh berubah sebegini rupa." Iqbal membalas kata-kataku. Tanda dia menyokong apa yang aku cakap.

Aiman mengingatkan kami kembali.

"Sebab tu orang cakap iman kita hanya senipis kulit bawang. Apabila kita berada di atas tidak selemanya kita akan di atas. Bila Allah cakap Kun Fa Ya Kun. Maka jadiah dia. Kita tak dapat jangka apa yang Allah rancang untuk kita."

"Dan sekaranglah masanya Allah nak uji ukhwah kita. Tugas kita untuk bawa sahabat kita kembali ke jalan Allah. Janganlah kita biarkan dia terus leka dengan cinta dunia." Iqbal menyambung apa yang Aiman perkatakan.

Betullah. Sekarang Allah tengah menguji ukhwah kami. Mungkin waktu kami senang apabila kami akan bersama-sama. Tapi apabila Allah uji seorang dari kami. Adakah kami masih mampu untuk support antara satu sama lain.

'Allahu Akbar, Allahu Akbar'

_____________________________________________________

Hari ini kami membuat study group memandangkan hari sabtukan. Dari kami membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Lebih baik manfaatkan masa yang terluang. Memandangkan percubaan semakin menghampiri.

"Maaf aku lambat. Tadi ada hal sikit" Nazri mengambil tempat di sisi Iqbal dan aku. Kami semua memandang ke arahnya.

"Sebelum kita mulakan kita punya study group, apa kata kita buat sesi pengisian hati dulu. Dah lama kan kita tak buat macam ni." Aiman memulakan bicaranya.

"Aku sokong. Apa kata kita mulakan dengan kau, Naz. Kami rindu dengan kata-kata motivasi kau." Aku mencadangkan supaya sesi ini dimulakan dengan Nazri.

"Aku? Kenapa aku? Aku tak tau nak cakap apalah. Apa kata kaulah yang mula dulu Zim." Nazri mula mencari alasan. Sudah aku dengan Aiman jangka semua ni akan terjadi. Kami mahu memancing jiwa Nazri dahulu.

"Ok biarlah aku starting." Rizal menyelamatkan keadaan.

"Assalamualaikum first kita buka majlis kita dengan Al-Fatihah."

"Naz, kat sini aku ngan yang lain bukan nak mengaib kan kau. Tapi kami semua rindukan kau. Dah lebih 2 minggu kau tak qiam ngan kami. Kami tau qiam itu tak wajib. Tapi bukan ke selama ni kau yang akan pasti kan kita berenam mesti qiam. Kau selalu pesan jangan miss untuk qiam." Panjang lebar Rizal menerangkan dengan cara berhemah. Dan Hazim menyambung.

"Betul cakap Riz tu. Aku perasan kau mula berubah selepas kau dengan Zaila. Aku bukan nak salahkan Zaila apatah lagi nak salahkan kau. Tapi ini semua hakikat. Kami tak halang kau nak teruskan hubungan kau dengan Zalia tapi aku nak kau fikir. Sekiranya Zalia mampu bawa kau ke jalan Allah teruskanlah. Kami mendoakan. Tapi jika sebaliknya. Dengarlah nasihat kami. Putuskan hubungan kau dengan Zalia. Yakin Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik"

"Bagi aku masa. Aku perlukan ruang. Aku terlalu sayangkan Zalia." Nazri terus beredar. Tanpa mengucapkan apa-apa lagi.

"Berilah dia ruang. Dia perlukan masa untuk mengenal diri dia kembali. Tugas kita mendoakan dia." Aku membalas untuk menenangkan hati sahabat-sahabatku yang tengah resah. Kecewa. Sedih. Aku mengerti apa yang mereka alami.

Kami meneruskan niat kami untuk mengulang kaji pelajaran. Doa sahaja yang mampu kami beri kepada Nazri setakat ini.

____________________________________________________

2 minggu berlalu..

Aku rasa hidup aku sunyi tanpa Nazri. Selepas hari tu kami hanya berjumpa sesekali. Nazri akan masuk dorm bila kami dah tidur. Tiada lagi teguran manja gurauan senda. Aku tahu dan sedar sahabat yang lain juga rasa apa yang aku rasa. Melihat mereka termenung sudah menunjukkan semuanya.

"Aku rindukan Naz lah." Hazim menyatakan kerinduannya.

Seperti yang aku jangka bukan aku sorang yang merasa sedemikian. Mereka turut merasainya.

Tiba-tiba

"Assalamualaikum" Semua kami berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Semua beriak terkejut. Siapa sangka orang yang dirindui berada di depan mata.

"Kalau ye pun rindu aku jawablah salam tu dulu."

"Waalaikumussalam." Jawab kami hampir serentak.

"Aku datang ni nak ucapkan terima kasih sebab ada bersama aku waktu aku jauh dulu. Terima kasih juga sudi mengingatkan aku kembali. Aku minta maaf aku memerlukan masa yang agak lama. Aku tau ni mesti semua rindukan aku ni." Nazri yang kami rindui sudah kembali.

"Perasannya. Mana ada kami rindu kau. Cuma hidup kami sunyilah tanpa kau." Aiman membalas dengan nada gurauan.

"Eleh dah rindu tu katakan saja rindu. Jangan segan silu dong."

Bait-bait bicaranya mengundang ketawa kami semua. Nazri penceria suasana sudah kembali.

"Terima kasih sahabat. Kalian memang sahabat dunia dan akhirat"

"Ni merupakan tugas kami. Kami gembira semuanya sudah kembali kepada sedia kala."Iqbal membalas ucapan Nazri.

"Okay. Sekarang masanya untuk kita kembali berjuang di medan ilmu. Di medan dakwah. Jihad fi sabilillah." Aku menaikkan semangat kami semua.

Kami berenam berpelukan antara satu sama lain. Ukhwah yang terjalin terlalu hebat.


                                                                                            tamat



Terima kasih sudi membaca. Cerpen kali ni kurang menarik kerana ditulis pada masa mata telah layu. Tapi apa pun. Iktibar perlu di ambil. Jangan kita tinggalkan sahabat di saat dia sudah jauh. Bawalah dia kembali ke jalan Allah. Sama-sama merasai nikmatnya UKHWAH. Carilah sahabat yang mampu memimpin kita sampai ke SYURGA.

Tuesday, February 5, 2013

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga episod akhir

Kini

"Abang apa yang abang menungkan. Cuba share sikit dengan Naz. Manalah tau Naz boleh tolong abang ke?" Tegurannya membuatkan aku kembali ke alam realiti. Kenangan silam melambai-lambai di jendela mata.

Aku menarik lengannya untuk duduk di sampingku. Kepalanya ku usap pelahan-lahan seperti mengusap anak kecil. Dia memandangku kehairanan.

"Abang! Naz cakap dengan abang ni. Abang boleh termenung lagi. Ni nak merajuk ni."

"Ala-ala. isteri abang ni janganlah merajuk. Letih tau abang nak pujuk sayang." Pipi putihnya sudah bertukar warna hasil daripada cubitanku.

"So, kalau abang tak nak pujuk baik abang citer dengan Naz."

"Takde apalah Naz. Abang cuma teringat akan perkenalan kita 7 tahun yang lalu. Abang tak sangka yang akhirnya abang kahwin juga dengan Naz. Dan abang tak sangka yang sekarang ni abang sudah jadi adik ipar kepada sahabat baik abang sendiri." Aku menerangkan satu persatu kepadanya.

Anak matanya ku tenung. Ada cinta di dalamnya. Senyuman manis terukir di bibirnya.

"Kita tak tau apa yang Allah rancangkan untuk kitakan abang. Tapi Naz bersyukur sebab menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bernama Hariz Hakimi."

"Thankz sayang sebab tak menolak pinangan abang 2 tahun lalu. Tapikan abang pelik juga kenapa Naz sudi terima abang. Padahal kita hanya berkenalan waktu Mukhriz perkenalkan sayang dengan abang waktu sayang form 2" Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Huhu.

"Abang nak tau ke kenapa?" Dia mula menyoalku. Aku hanya membalasnya dengan anggukkan.

"Sebabnya Naz dah terjatuh hati dengan abang waktu abang berada di tingkatan 2 lagi. Waktu tu Riz yang tunjukkan gambar abang. Bercerita pasal abang dekat umi dengan walid. Dan sebenarnya Riz tau yang Naz sayang abang lebih daripada sayang adik terhadap abangnya."

Aku agak terkejut dengan penerangannya. Aku tak sangka sebelum aku mengenalinya dia sudah mengenaliku terlebih dahulu. Sebelum aku mencintainya dia telah mencintaiku terlebih dahulu.

"Betul ke Naz. Subhanallah. Hebat sungguh perancangan Allah."

"Allah mengurniakan HAWA untuk ADAM buat menjadi peneman suka dan duka. Allah juga kurniakan ZULAIKHA buat YUSUF untuk membuktikan hebat sungguh ciptaan Illahi. Allah juga mengurniakan KHADIJAH untuk RASULULLAH buat menjadi sumber kekuatan baginda. Jadi Allah kurniakan Syarifah Ain Nazirah buat Hariz Hakimi sebagai peneman sampai ke Syurga."

Kata-katanya membuatkan hatiku terharu. Aku bersyukur sebab Alah kurniakan dia sebagai isteriku.

"Walaupun dirimu bukanlah sehebat KHADIJAH tapi dirimu cukup hebat dimataku. Walaupun dirimu bukanlah AINUL MARDIAH tapi aku ingin dirimu menjadi bidadariku di syurga kelak. Walaupun dirimu tidak sekaya BALQIS tapi dirimu sudah cukup kaya dengan agama yang kau pahat teguh di hatimu. Walaupun dirimu tidak setabah HAJAR tapi dirimu akan tetap tabah sebab dirimu yakin Allah ada disisi.

Kepalanya diletakkan di atas bahuku. Air matanya yang mengalir aku lap menggunakan tangan kasarku. Aku tersenyum melihat isteriku.

"Terima kasih abang. Terima Kasih kerana menggambil Naz untuk melengkapkan rusuk kiri abang."

"Kasihmu diterima sayang. Abang pun ucapkan terima kasih sebab sudi jadi bidadari abang. Sayang ingat tak minggu lepas yang abang cakap terima kasih sebab jadi isteri kedua abang? Sayang nak kenal tak dengan isteri pertama abang?"

Kepalanya diangkat. Dia memandangku dengan penuh harapan untuk mengetahuinya. Aku tersenyum melihat terlatahnya.

"Nak2."

"Isteri pertama abang adalah PERJUANGAN di medan dakwah. Walau setinggi mana cinta abang pada sayang tinggi lagi cinta abang pada Allah. Abang tak boleh khianati janji abang pada Allah. Maafkan abang ye. Sebab sayang bukan yang pertama."

"Naz faham abang. Naz takkan cemburu dengan isteri pertama abang tu. Sebab Naz pun sayang dia." Isteriku tersenyum bahagia. Tangannya diangkap membuat 'peace'.

"Abang janji abang akan bawa bahagia kita sampai syurga."

"Ye bang. Bahagia sampai syurga."

                                 
                                                                                             ~TAMAT~


tinggalkan komen untuk diperbetulkan kekurangan yang ada. Terima kasih sudi baca. Maaf sebab ending nye tidak seperti yang diharapkan.


Sunday, December 30, 2012

Cerpen: Bahagia Sampai Syurga ep3

Keletihan yang dirasai hanya Allah yang tahu. Sejak dua menjak ni aku semakin sibuk dengan kelas tambahan. Di tambah lagi dengan Kem Menikmati Cinta Allah yang terpaksa aku uruskan. Maklumlah diantik menjadi pengarah programlah katakan.

"Kenapa mengeluh ni Kimi? Kau ada masalah ke? Kongsilah dengan aku. Manalah tahu aku boleh bantu." Mukhriz mengambil tempat di sebelahku.

Aku memandang wajahnya. Aku seperti melihat arwah angah. Perangai Mukhriz tidak ubah seperti arwah angah. Aku terasa rindu dengan arwah angah. Sudah 2 tahun dia pergi.

"Tak ada apalah. Aku cuma letih. Peperiksaan percubaan semakin dekat. Kelas tambahan semakin kerap. Kadang-kadang aku terasa lelah dengan semua ni. Lagi-lagi sekarang sibuk dengan program. Aku sampai tak cukup rehat."

"Hei! Jangan mengeluh sahabat. Alah bagi kau rasa semua ini sebab Dia tahu kau mampu hadapinya. Dia tahu kau insan yang kuat dan tabah." Bahuku ditepuk.

"Syukran Mukhriz. Kau ada waktu aku memerlukan seorang sahabat. Kau ada tika aku terleka dengan kehidupan dunia." Aku memeluknya. Aku bangga punya sahabat sepertinya.

"Afwan. Kau kan sahabat aku. Kita dah janji susah senang akan kita rasai bersama."

Senyumannya melegakan hatiku. Aku tak pernah merasa diriku keseorangan di sekoah ini. Sebab aku punya seorang sahabat yang memang tak pernah meninggalkan aku sendirian.

"Riz aku ada benda nak beritahu kau. Aku harap kau boeh terimanya."

"Apa dia? Buat apa aku nak marah."

Serba salah jadinya aku apabila melihat wajahnya. Tetapi aku mesti beritahunya juga. Sekurang-kurangnya sekiranya ada perkara buruk yang menimpaku ada yang mengetahuinya.

"Aku sebenarnya....sebenarnya...."

"Sebenarnya apa??"

"Aku sebenarnya dah jatuh hati pada adik kau. Sejak kali pertama aku nampak dia." Terdiam Mukhriz apabila aku mengeluarkan kenyataan berikut.

"Kau biar betul? Kalau kau jatuh hati pada Ain kerana wajahnya aku nasihatkan kau, baik kau lupakan. Kerana kecantikan wajah tidak akan kekal lama."

Kata-kata Mukhriz betul-betul menusuk kalbuku.

"Aku menyayangi dia bukan semata-mata kerana wajahnya. Tetapi kerana agamanya. Aku tahu macam mana umi dengan walid mendidik kau adik-beradik."

"Jika itu kata kau, aku hormat cinta kau. Aku akan menyokong kau selalu, adik ipar to be. Hehe.."

"Terima kasih Riz. Aku janji dengan kau aku akan habiskan study aku dulu. Pastu aku baru masuk meminang. Aku tak kan mensia-siakan cinta aku pada dia. Aku janji aku akan jaga hati dia baik-baik. Sayang kau abang ipar to be."

Itulah pertama kali aku meluahkan isi hati aku pada seseorang. Lagi-lagi pada ahli keluarganya. Aku sangat mengharap suatu hari nanti aku dan dia akan disatukan dalam satu ikatan yang sah.


                                                                                   bersambung....