Kenalan

Penembak Setia

#MakAbah #AlongAdik #Guruku #Sahabatku #KamuYangMembaca

Sunday, February 17, 2013

Berpeluangkah kami?


Kriiiiiiiiinnnnnnnnnngggggggggggggg! Jam loceng dicapai. Melihat waktu yang tertera memaksa diri ini bangkit juga. Perasaan mengantuk aku cuba untuk lawan.

'Alhamdulillah aku masih dipinjamkan nafas untuk terus hidup hari ini' Aku melihat sahabat-sahabatku yang masih lena di sisi. Tenang sungguh wajah mereka. Tiba-tiba.

"Assalamualaikum. Eh kau dah bangun. Aku baru plan nak kejut." Bahuku disentuh dari belakang. Sentuhan itu agak mengeejutkan aku juga.

"Fuhh lemah semangat. Waalaikumussalam. Aku baru terjaga ni. Tak perasan katil kau dah kosong."

"Hehe. Biasalah tu. Orang bangun tidur tengok kiri kanan. Tak pernah dibuat orang bangun-bangun je tengok kawan kat atas. Dah lah tu masa makin suntuk ni. Kejutlah Iqbal, Aiman, Nazri dengan Hazim tu." Balas sahabat baikku, Rizal.

Aku dan Rizal pun melaksanakan lah tanggungjawab untuk mengejut sahabat yang berempat ni. Beginilah rutin kami setiap pagi. Siapa yang bangun dahulu mesti wajib mengejut sahabat yang lain. Sampai giliran untuk mengejutkan Nazri.

"Naz bangkit Naz. Dah pukul 4.45 ni. Nanti tak sempat pula kita nak qiam." Aiman mengejutkan Nazri.

"Urmmmm. Korang gi la qiam dulu. Aku ngantuklah."

"Naz jomlah. Dah 2 minggu kau tak join kami. Kami rindu dengan kau." Iqbal terus memujuk Nazri supaya bersama kami.

"Aku cakap aku letih aku letihlah. Tolonglah faham." Nazri meninggikan suaranya. Dia menarik selimut menutup keseluruhan badannya.

Rizal beri isyarat pada kami supaya biarkan je Nazri. 

_____________________________________________________


Selepas selesai qiam dan tadarus. Kami duduk sahaja di surau sementara menunggu azan Subuh. Hazim mula  buka perbualan kami.

"Korang perasan tak Nazri dah banyak berubah. Sedangkan dulu dialah yang akan pertama bangun untuk kejut kita qiam. Kita tak pernah menang nak bersaing bangun lagi awal dari dia. Ke mana hilangnya sahabat kita yang tu? Aku rindu Nazri yang dulu." Hazim meluahkan rasa yang telah lama dia pendam. 

"Aku perasan dia mula berubah sejak dia bercinta dengan Zaila."

"Aku pun perasan gak. Tapi aku pelik juga macam mana Nazri yang selalu nasihatkan kita boleh berubah sebegini rupa." Iqbal membalas kata-kataku. Tanda dia menyokong apa yang aku cakap.

Aiman mengingatkan kami kembali.

"Sebab tu orang cakap iman kita hanya senipis kulit bawang. Apabila kita berada di atas tidak selemanya kita akan di atas. Bila Allah cakap Kun Fa Ya Kun. Maka jadiah dia. Kita tak dapat jangka apa yang Allah rancang untuk kita."

"Dan sekaranglah masanya Allah nak uji ukhwah kita. Tugas kita untuk bawa sahabat kita kembali ke jalan Allah. Janganlah kita biarkan dia terus leka dengan cinta dunia." Iqbal menyambung apa yang Aiman perkatakan.

Betullah. Sekarang Allah tengah menguji ukhwah kami. Mungkin waktu kami senang apabila kami akan bersama-sama. Tapi apabila Allah uji seorang dari kami. Adakah kami masih mampu untuk support antara satu sama lain.

'Allahu Akbar, Allahu Akbar'

_____________________________________________________

Hari ini kami membuat study group memandangkan hari sabtukan. Dari kami membuang masa dengan perkara yang sia-sia. Lebih baik manfaatkan masa yang terluang. Memandangkan percubaan semakin menghampiri.

"Maaf aku lambat. Tadi ada hal sikit" Nazri mengambil tempat di sisi Iqbal dan aku. Kami semua memandang ke arahnya.

"Sebelum kita mulakan kita punya study group, apa kata kita buat sesi pengisian hati dulu. Dah lama kan kita tak buat macam ni." Aiman memulakan bicaranya.

"Aku sokong. Apa kata kita mulakan dengan kau, Naz. Kami rindu dengan kata-kata motivasi kau." Aku mencadangkan supaya sesi ini dimulakan dengan Nazri.

"Aku? Kenapa aku? Aku tak tau nak cakap apalah. Apa kata kaulah yang mula dulu Zim." Nazri mula mencari alasan. Sudah aku dengan Aiman jangka semua ni akan terjadi. Kami mahu memancing jiwa Nazri dahulu.

"Ok biarlah aku starting." Rizal menyelamatkan keadaan.

"Assalamualaikum first kita buka majlis kita dengan Al-Fatihah."

"Naz, kat sini aku ngan yang lain bukan nak mengaib kan kau. Tapi kami semua rindukan kau. Dah lebih 2 minggu kau tak qiam ngan kami. Kami tau qiam itu tak wajib. Tapi bukan ke selama ni kau yang akan pasti kan kita berenam mesti qiam. Kau selalu pesan jangan miss untuk qiam." Panjang lebar Rizal menerangkan dengan cara berhemah. Dan Hazim menyambung.

"Betul cakap Riz tu. Aku perasan kau mula berubah selepas kau dengan Zaila. Aku bukan nak salahkan Zaila apatah lagi nak salahkan kau. Tapi ini semua hakikat. Kami tak halang kau nak teruskan hubungan kau dengan Zalia tapi aku nak kau fikir. Sekiranya Zalia mampu bawa kau ke jalan Allah teruskanlah. Kami mendoakan. Tapi jika sebaliknya. Dengarlah nasihat kami. Putuskan hubungan kau dengan Zalia. Yakin Allah pasti akan ganti dengan yang lebih baik"

"Bagi aku masa. Aku perlukan ruang. Aku terlalu sayangkan Zalia." Nazri terus beredar. Tanpa mengucapkan apa-apa lagi.

"Berilah dia ruang. Dia perlukan masa untuk mengenal diri dia kembali. Tugas kita mendoakan dia." Aku membalas untuk menenangkan hati sahabat-sahabatku yang tengah resah. Kecewa. Sedih. Aku mengerti apa yang mereka alami.

Kami meneruskan niat kami untuk mengulang kaji pelajaran. Doa sahaja yang mampu kami beri kepada Nazri setakat ini.

____________________________________________________

2 minggu berlalu..

Aku rasa hidup aku sunyi tanpa Nazri. Selepas hari tu kami hanya berjumpa sesekali. Nazri akan masuk dorm bila kami dah tidur. Tiada lagi teguran manja gurauan senda. Aku tahu dan sedar sahabat yang lain juga rasa apa yang aku rasa. Melihat mereka termenung sudah menunjukkan semuanya.

"Aku rindukan Naz lah." Hazim menyatakan kerinduannya.

Seperti yang aku jangka bukan aku sorang yang merasa sedemikian. Mereka turut merasainya.

Tiba-tiba

"Assalamualaikum" Semua kami berpaling ke arah pemilik suara tersebut. Semua beriak terkejut. Siapa sangka orang yang dirindui berada di depan mata.

"Kalau ye pun rindu aku jawablah salam tu dulu."

"Waalaikumussalam." Jawab kami hampir serentak.

"Aku datang ni nak ucapkan terima kasih sebab ada bersama aku waktu aku jauh dulu. Terima kasih juga sudi mengingatkan aku kembali. Aku minta maaf aku memerlukan masa yang agak lama. Aku tau ni mesti semua rindukan aku ni." Nazri yang kami rindui sudah kembali.

"Perasannya. Mana ada kami rindu kau. Cuma hidup kami sunyilah tanpa kau." Aiman membalas dengan nada gurauan.

"Eleh dah rindu tu katakan saja rindu. Jangan segan silu dong."

Bait-bait bicaranya mengundang ketawa kami semua. Nazri penceria suasana sudah kembali.

"Terima kasih sahabat. Kalian memang sahabat dunia dan akhirat"

"Ni merupakan tugas kami. Kami gembira semuanya sudah kembali kepada sedia kala."Iqbal membalas ucapan Nazri.

"Okay. Sekarang masanya untuk kita kembali berjuang di medan ilmu. Di medan dakwah. Jihad fi sabilillah." Aku menaikkan semangat kami semua.

Kami berenam berpelukan antara satu sama lain. Ukhwah yang terjalin terlalu hebat.


                                                                                            tamat



Terima kasih sudi membaca. Cerpen kali ni kurang menarik kerana ditulis pada masa mata telah layu. Tapi apa pun. Iktibar perlu di ambil. Jangan kita tinggalkan sahabat di saat dia sudah jauh. Bawalah dia kembali ke jalan Allah. Sama-sama merasai nikmatnya UKHWAH. Carilah sahabat yang mampu memimpin kita sampai ke SYURGA.

1 comment:

  1. wah wah.. nice story! truly meaningful... membawa kesedaran dgn cara yg tersendiri dan membuka fikiran rakan-rakan yg lain,, thankss..n keep it up!

    ~~bukan keindahan tulisan yg hendak kami sampaikan.. tapi mesej nya yg kami hendak kalian renungkan~~ ^^,

    ReplyDelete

Assalamualaikum!