Kenalan

Penembak Setia

#MakAbah #AlongAdik #Guruku #Sahabatku #KamuYangMembaca

Sunday, June 4, 2017

Coretan buat dia

Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Syukur atas nikmat yang Allah berikan untuk aku dan untuk si dia yang jauh juga untuk kamu yang membaca, :)

Tika ini pelajaran menjadi tunjang utama dalam kehidupan aku dan dia. Aku tahu dia juga tahu ilmu bukan hanya keperluan dalam diri, tapi merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan. Aku tahu perjalanan ini masih jauh, masih terlalu jauh. sebab aku ini serba kekurangan. masih terlalu banyak yang aku perlu pelajari dan aku kutip untuk membaiki diri.

Jujur, aku rasa aku masih belum layak untuk dia. Dia terlalu hebat sedangkan aku? Allahu. Kita macam langit dengan bumi. terlalu jauh. Kalau betul Allah da aturkan untuk kita, harapnya si dia sudi membantu aku menjadi lebih baik.

Maaf, kadang kadang aku kecundang. Kecundang kerana perasaaan ragu ragu aku pada hati sendiri dan mungkin hatimu. Hingga hari ini, aku masih tak tahu apa jawapan daripada hati dia. Aku sangat takut untuk rasa sakit. Tapi dalam masa yang sama, aku percaya apa yang Allah aturkan.

Buat si dia, aku yakin dengan perasaan halus yang Allah pinjam untuk aku rasa. Tapi aku tak tahu apa yang dirimu rasa. Kalau betul dirimu sudah ada yang punya, berikan jawapan supaya tiada istilah 'syok sendiri' hah. Aku takut aku terlalu buta menilai layanan darimu.

Jujur, berkali kali aku ingin cuba buang jauh perasaan ni. tapi setiap kali aku cuba. Ingatan aku padamu semakin kuat. Ada sahaja yang menghalang. Aku perlukan bantuanmu untuk terus yakin kalau betul apa yang aku rasa sejak mula kita kenal,

Aku janji aku takkan mengganggumu sehingga masa dirimu sudah bersedia. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita. Bukan minta kita disatukan, tapi minta Allah aturkan yang terbaik. Jika kau terbaik unttuk ku, pasti kita tetap akan bersatu walau kita mungkin tak bersua lagi lepas ni. Jika tidak Allah pasti temukan kita dengan yang selayaknya.

Sebelum aku berpeluang bertemu denganmu, sebenarnya aku sudah pernah terjumpa ibu dan ayahmu secara tak sengaja. saja mahu berkata jujur.

walau di mana kau berada, aku sentiasa mendoakan yang terbaik. Moga kita kekal istiqamah dalam bidang kita masing2. dirimu tetap menjadi sahabat yang terbaik untuk aku berkongsi cerita dan rasa. untuk menjadi tempat rujukan. terima kasih. aku tak tahu, tika aku jatuh dan diuji aku dapat rasakan kau sentiasa ada.

InsyaAllah kalau dipermudahkan tahun depan aku akan bergraduat. Banyak yang aku rancangkan untuk diri sendiri. Kerja, sambung belajar, beli rumah dan harapan agar aku terus istiqamah dalam jalan yang sama2 kita perjuangkan.

Andai kematian menjemputku dulu sebelum kita bertemu semula. Kemaafan ku mohon atas khilafku. Andai aku pernah membuat kesilapan maaf kan aku ya? Moga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita. Jaga diri sahabat. Jika tidak bertemu di dunia harapnya kita akan bersua di syurga Allah kelak.

Selamat menuntut ilmu. Assalamualaikum :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum!